Catatan

Pengasas Islam.

 Assalamualaikum,      Kita muslimin perlu sedar bahawa Islam itu diasaskan oleh Allah SWT semenjak Allah cipta makhluknya sebagai satu jalan hidup dan pegangan hidup makhlukNya yang berakal seperti malaikat,Jin, manusia dan bidadari.     Jika dikaji malaikat didalam Al-Quran semua nya Islam,Bidadari juga Islam semuanya manakala manusia ada yang Islam dan ada yang bukan Islam,Jin pula seperti mana manusia.     Agama yang mentauhidkan Allah SWT dan percaya Allah SWT itu Berdiri Sendiri,tidak diperanakkan ,tidak dicipta,tidak ada anak dan Allah itu Tuhan yang Esa dan tunggal ,Allah SWT kekal abadi dan merupakan pencipta makhluk itulah Agama Islam.      Sudah pastilah jika Allah SWT itu Esa maka dia gariskan satu nama agama...

2021-Allah sWT dan SifatNya

    Umat Islam dan bukan wajib akui bahawa Ke Esa an Allah SWT selaku tunggal,antara nama dan sifatNya adalah Maha Istimewa, Maha mendidik dan Maha Meredhai.   Maha Meredhai- Allah mencipta makhluknya kerana sifatnya Pencipta dan kemampuannya serta keKuasaanNya .Allah mencipta sesuatu itu dengan penuh kasih sayang dan Redha ,walaupun ada ciptaannya yang dia ketahui akan menentangnya terutama manusia dan Jin .Selaku Tuhan yang maha penuh kasih sayang tetap mengurniakan rezeki dan kesenangan pada musuhnya agar musuhnya memikirkan siapa pencipta rezeki itu dan apa yang cipta segalanya dan ajar apa itu istilah Tuhan.Jika tetap menentang Allah SWT dan tetap jadi kafir maka tunggulah satu masa di kehidupan seterusnya hendak jadi Batu atau Besi( harap sahaja penentang ini jadi berfaedah pada yang lain)...      Maha mendidik. Allah SWT merupakan pendidik teragung.Dia menciptakan makhluk makhluknya berakal agar dia boleh mendidik namun dia hendak menghiasi alam ini dengan keindahan dan semuanya

Manfaatkan Al-Quran Yang Berlebihan.

 Penulis tertarik dengan satu perkara dimana dua situasi yang patut boleh difikirkan.  a) Lebihan naskah Al-Quran di surau surau dan Masjid sehingga ada Al quran di simpan di stor surau atau masjid dimana berpotensi tidak dimanfaatkan atau rosak oleh anai anai.  b) Program pengumpulan dana oleh organisasi Malaysia untuk misi membeli Alquran dan disumbangkan ke pihak yang memerlukan Alquran. samada di dalam negara atau luar.  Bagi penulis sepatutnya pihak organisasi yang jalan kan program itu pergi ke surau surau dan masjid terdekat memohon agar pihak masjid menyerahkan naskah Al-Quran yang lebih dan tak pakai kepada pihak organisasi untuk diberi pada kelompok sasaran program.      Dimana Alquran itu boleh dimanfaatkan dan duit dana yang dikumpulkan itu mungkin boleh diguna membeli naskhah hadis atau digunakan untuk saluran makanan pada pihak miskin atau anak yatim.

Misteri Bidadari.

     Allah SWT maha pencipta dan amat adil dan sayang kepada hamba hambanya yang Soleh dan solehah.    Salah satu ciptaan Allah SWT difirmankan Allah SWT yang menanti ahli syurga adalah bidadari.Namun amat misteri dari malaikat.    Unsur penciptaan bidadari amat misteri, namun kewujudan ya disebut dalam Al quran.Sudah pasti mereka golongan suci dan bukan ahli neraka dan dicipta bertujuan menyembah Allah SWT dan sudah pasti mempunyai roh dan jasad.    Mungkin kah bidadari itu ada dicipta dari tanah khusus untuk manusia? Ada bidadari dicipta dari api khusus bagi Jin manakala bidadari dari Nur khusus bagi malaikat?.    Atau mereka semua dicipta dari unsur sama ?.   Atau bidadari itu adalah dari kalangan anak anak jin dan manusia yang mati sewaktu belum akil baligh lalu digelar bidadari?.   Semua misteri... Namun penulis berpendapat sudah adanya Bidadari Tak mustahil kerana bagi penulis semua rasul dan nabi Allah SWT sudah dihidupkan kembali dan jadi ahli syurga terawal --- sebab Allah SWT

fantasi :Kehidupan Malaikat di hari Pembalasan.

   Malaikat adalah ciptaan Allah SWT yang punyai roh dan jasad serta berakal,dicipta untuk sembah Allah SWT dan ada antaranya dipilih melakukan tugas khusus oleh Allah SWT. Mereka amat misteri .Namun disebut oleh Allah SWT dan dipuji oleh Allah SWT didalam Al quran.     Malaikat dijanjikan ganjaran di syurga dan tiada antara mereka di siksa di neraka walaupun ada antara malaikat masuk neraka sebagai penyiksa(malaikat Zabaniah) dan penjaga Neraka.    Apa diketahui jumlah malaikat dirahsiakan dan mereka dibahagi kepada dua kelompok iaitu  a) malaikat yang hanya beribadah pada Allah SWT dan mengalas tugas khusus oleh Allah SWT. b) malaikat yang hanya beribadah pada Allah SWT.  Namun bagi penulis , diwaktu hari pembalasan kelak, para malaikat akan menghuni syurga dan menjalani kehidupan berkeluarga namun semua malaikat dibahagi kepada tugas khusus oleh Allah SWT .   Seperti tugas  khusus bagi Allah SWT spt pengiring kepada Allah SWT ,menjaga pintu Arasy , menjaga tiap tingkat syurga dan ne

Solat dan Hukum Islam sewaktu Hari Kebangkitan

   Assalamualaikum ,kali ini penulis ingin mengajak pembaca berfikir tentang kehidupan di hari Kebangkitan dan pembalasan.Bagi penulis hukum Islam dan Solat tetap ada di waktu hari pembalasan dan hari kebangkitan kerana faktor tujuan diciptakan Manusia,Jin, Malaikat bahkan Bidadari adalah untuk menyembah Allah SWT dan anuti agama Islam .   Bagi penulis hukum hakam Islam masih dikekalkan di amalkan oleh makhluk Allah bergelar Ahli syurga begitu juga solat dimana Ahli syurga itu adalah dari kalangan Manusia,jin,malaikat dan bidadari.Namun arak dihalalkan di syurga namun sudah pasti perkahwinan diwajibkan ,maksiat ditegah dan seks tabii diharamkan.    Dan penulis berfikir di syurga kelak akan adanya kelas agama Islam yang ajar solat dan Hukum Islam memfokuskan kepada ahli syurga yang baru jalani hukuman di neraka bahkan di syurga akan adanya perkahwinan dan sudah pasti ada anak baru dilahirkan bukan?.Dan kelas pengajian Al-Quran secara hebat dan mendalam akan diajarkan oleh guru guru terp

Rasul dan Nabi dikalangan Malaikat.

 Assalamualaikum,    Dewasa ini banyak perdebatan tentang pendapat dan pandangan mengenai adanya para Rasul dan Nabi  Allah SWT dikalangan makhluk Allah SWT selain manusia.    Penulis tertarik mengenai pendapat pendapat tersebut yang bagi penulis adalah menarik tidak salah dan menguji minda kita manusia.    Penulis pernah terbaca beberapa penulisan tentang kemungkinan adanya para Nabi dan Rasul Allah SWT dikalangan makhluk 2 Allah SWT selain manusia.Contohnya dikalangan kaum Jin.TIDAK SALAH ....dan penulis juga ingin mengutarakan pendapat akan adanya para Rasul dan Nabi dikalangan Malaikat .  Kenapa ?.  1) Kita kena perakui bahawa dalam AL quran yang mulia itu telah difirmankan Oleh Yang Maha Mulia Allah SWT akan kemuliaan dan Kepatuhan bangsa Malaikat kepada Allah SWT  2) Sebelum wujudnya bangsa Jin dan diikuti bangsa manusia, Allah SWT telah menciptakan bangsa Malaikat daripada unsur Nur , walaupun dunia malaikat ini agak misteri dan sedikit diceritakan tentang mereka dalam Al-Quran,